Kami menjual dan membekal kambing / biri biri , daging lembu timbang Karkas lengkap dan Susu. Kami juga menjual kambing / biri biri atau lembu dan kerbau hidup untuk majlis kenduri , akikah qurban. Susu lembu dan kambing timbang kilo max. Order 20 kg . Kami juga menjual cendawan tiram kelabu segar. Cari kami di ---> pkls at google || Pembekal Kambing Lembu Sepang | Pembekal Livestock | Group Penternak Kambing Lembu Malaysia - Service area Putrajaya, Malaysia Dengkil, Selangor, Malaysia Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor, Malaysia Kuala Lumpur International Airport, Sepang, Selangor, Malaysia

Thursday, September 10, 2015

Khasiat madu untuk kehidupan seharian

   Madu adalah suatu manisan yang manis sekali berbanding gula tetapi madu menyimpan berbagai khasiat dan bermanfaat pada kehidupan seharian kita. Pengambilan mafu secara rutin bagus untuk tubuh badan kita kekal cergas dan kurang stress. 

MANFAAT UNTUK KESIHATAN

  • Mengatasi Insomnia
    Masalah insomnia atau masalah sukar untuk tidur, madu adalah antara ubat alternatif yang bagus. pengambilan madu secara rutin dapat mengekalkan kecerdasan dan mengurangkan tekanan.

  • Radang Tekak 
    Kerana dasar dari penyakit radang tekak tersebut adalah berasal dari bakteria atau virus. Dalam pelbagai kajian klinikal, madu telah terbukti berkesan dalam mengubati radang tekak dan batuk. Madu pun boleh dimakan secara langsung atau dicampur dengan air limau untuk mendapatkan khasiat sihat lain salah satunya adalah merawat radang tekak.


  • Penganti Antiseptik
     Madu juga boleh dimanfaatkan sebagai antiseptik untuk luka. Seperti luka tercalar ataupun luka bakar. Madu adalah agen anti-inflamasi atau pon boleh mencegah berlakunya pembengkakan ataupun berlakunya keradangan. 


  • Sumber karbohidrat
    Madu juga adalah sumber karbohidrat, pengambilan madu asli tualang  boleh menambahkan tenaga . 



MANFAAT UNTUK KECANTIKAN


  • Menambahkan kesuburan Rambut.
  • Menghilangkan jerawat
  • Mengatasi bibir kering

Top 5 Madu Asli Terbaik Dunia

1. Madu Beech Honeydew 

 Dua jenis kumbang yang ada di New Zealand dan hanya hidup di sekitar pohon-pohon beech merah dan hitam dapat menghasilkan suatu jenis zat kaya akan gula yang bernama honeydew. Kemudian disana terdapat sejenis lebah yang selalu memakan zat
gula tersebut dan menggunakannya untuk membuat madu yang madu ini kemudian disebut dengan beech honeydew. Madu jenis beech honeydew ini warnanya cukup gelap dan cairannya sangat kental seperti bubur. Selain itu madu jenis ini Jugamempunyai lebih banyak mineral serta tidak mengkristal seperti kebanyakan madu pada umumnya. 

 2. Madu Bunga Heather 

 Madu bunga heather merupakan sejenis madu yang biasa dihasilkan oleh lebah yang hanya memakan nektar dari varietas bunga heather di Scotland.
Sarang lebah madu yang satu ini terlihat cukup tebal, rasanya juga sangat manis, Di Scotland Anda boleh dengan mudah untuk membeli salah satu jenis madu terbaik di dunia ini, tapi sangat sulit atau bahkan hampir mustahil untuk dapat membelinya di tempat lain.


 3. Madu Hymettus

 Sejenis madu berasal dari gunung Hymettus yang ada dekat daerah Athena Yunani. Madu jenis ini sudah popular sejak lebih dari 3.000 tahun silam dan menjadi salah satu dari 5 jenis madu terbaik di dunia
saat ini. Gunung Hymettus menjadi habitat bagi lebah yang menghasilkan jenis madu ini. Lebah ini hanya memakan satu jenis nektar bunga saja, iaitu sejenis bunga thyme. Sarang madu yang dihasilkan oleh lebah disini sangat tipis dan mempunyai bintik-bintik gelap di bagiandalamnya. Orang Yunani sejak zaman dulu selalu mengkonsumsinya dengan cara menuangkan madu tersebut pada yoghurt tawar untuk dijadikan makanan penutup.

 4. Madu Sidr

 Madu Sidr ini selain termasuk salah satu dari 5 jenis madu terbaik di dunia saat ini, juga termasuk jenis madu yang paling mahal di dunia. Hal itu kerana madu jenis ini hanya dihasilkan dalam waktu dua kali
dalam satu tahun dan berasal dari wilayah pegunungan Hadramaut di Negara Yaman dan juga Arab Saudi. Masa produksi madu termahal di dunia ini telah berlangsung dalam kurun waktu lebih dari 7.000 tahun silam. Madu jenis sidr ini berasal dari lebah yang habitatnya di sekitar pohon suci yang bernama Sidr.

 5. Madu Manuka

 Manfaat yang paling utama dari madu Manuka adalah dapat mengubati berbagai penyakit seperti luka terbakar pada kulit, gangguan pada pencernaan
dan lainnya. Madu jenis manuka ini berasal dari nektar bunga semak Manuka yang hanya terdapat di New Zealand. Warna madu manuka ini gelap, akan tetapi rasanya sangat lazat dan manis. Kerana manfaat madu ini yang luar biasa, maka madu Manuka termasuk salah satu jenis madu terbaik di dunia.

Wednesday, September 9, 2015